Warisan Kebudayaan Production

Pusat Kebudayaan Universiti akan mengadakan Kursus Kesenian Jangka Pendek yang bertujuan meningkatkan kemahiran seni dikalangan pencinta seni.

Bidang seni:

1) Kursus Seni Lakon (teori dan praktikal)
Memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang menggunakan kaedah stanilavski. Pelajar dilatih menggunakan vokal, tubuh, mengenali perasaan & deria rasa. Latihan langsung diberi melalui monolog untuk membantu pelajar bagaimana cara menghafal dialog & membawa perwatakan.

2) Kursus Pengurusan Seni (teori dan praktikal)
Memberi pengetahuan tentang definasi pengurusan secara umum, pengurusan & kesenian, peringkat asas pengurusan seperti pengurusan majlis, pentas, teknikal & yang berkaitan dengan seni. Kursus ini menumpukan penguasaan seni & kepimpinan, arahan & kuasa pengurus, ciri2 kepimpinan, pengurusan persembahan, kewangan & pemasaran seni serta komunikasi dalam organisasi budaya.

3) Kursus Seni Tarian Tradisional Malaysia (praktikal)
– Klasik Melayu
– Rakyat Melayu
– India : Bharatnatyam
– Cina
Melatih, mengasah bakat & minat berdasarkan sistem pendidikan beberapa tokoh yang terpilih. Pengenalan bentuk dipentingkan serta kefahaman gerak tradisi, asal usul tarian,konteks persembahan & etnologi. Modul ini merangkumi Tarian Klasik Melayu, Tari Rakyat (yang wujud di serantau negara seperti Dabus, Asyik & Joget Gamelan). Tarian Joget, Inang & Zapin, Tarian Sabah & Sarawak, Tai Chi & Silat serta Tarian Cina & India. Pelajar akan dibekalkan ilmu untuk meneliti, menganalisa & memahami pergerakan supaya dapat mengaplikasikan sistem ini kepada sebarang tarian.

4) Kursus Seni Tari Kontemporari (praktikal)
-Ballet
-Kontemporari
-Jazz / Broadway
-Latin
Bertujuan memupuk minat & kecenderungan kepada bentuk & teknik tarian seperti Ballet, Moden, Jazz, Graham, Cunningham, Hawkins & gaya tarian terkini yang akan diajar secara mendalam supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya. Modul ini akan membina vokabulari gerak supaya dapat dikembangkan untuk tujuan berkarya. Teknik2 yang diajar ini amat berguna untuk memberi kefahaman tentang ruang, tubuh, tenaga & konsep masa.

5) Kursus Seni Vokal/Suara (teori dan praktikal)
Memberi pengetahuan tentang perkara2 asas seperti seni vokal/suara dari aspek sejarah, pembahagian suara & teknik dasar pelahiran lagu vokal/suara seperti teknik & latihan vokal/suara. Kursus ini menumpukan penguasaan dari aspek seni teori muzik seperti memahami & mengenali nota muzik yang disampaikan secara teori & amali bagi meningkatkan kefahaman.

Jumlah Peserta:
20-30 0rang (satu kelas)

Kelayakan:
Umur : 15 – 60 tahun
Kelulusan Akademik : Tiada
Mempunyai bakat & minat yang tinggi
(Sijil akan diberikan kepada yang berjaya)

Lokasi:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

Tenaga Pengajar:
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

No. Tel : 019 – 972 8388 (Puan Sue)
Email : wkproduction2015@gmail.com
Portal : http://xpresszoom.com/latest/warisan-kebudayaan-production/
Facebook : Warisan Kebudayaan (WK Production)

Tempoh Pembelajaran :

Pakej A = 13 minggu / 39 jam setiap Sabtu, masa 9am-12pm
(tertakluk kepada penyelarasan)

Pakej B = Sabtu dan Ahad / 39 jam, masa 9am-12pm, 2pm-5pm
(tertakluk kepada penyelarasan)

Pakej C = 6 hari / 39 jam, masa 9am-12pm, 2pm-5pm
(tertakluk kepada penyelarasan)
Video

 

 

New & Event

12779103_1046662678723233_2756508882464488035_o